Sabtu, 8 Januari 2011

Dendam@ dan honar

Cukuplah wahai pengarang-pengarang ku - jenguklah ke pinta neraca pula - adakah kita di pintu mana neraka ke syurga untuk terus menaburkan fitnah - Pak NUJum.

Oleh KU SEMAN KU HUSSEIN - PENOLONG PENGARAG MINGGUAN MALAYSIA UNTUK SIARAN MINGGUAN MALAYSIA 9 JANUARI 2011

Dendam@ dan honar. Ini adalah dua kata kunci menghangatkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Mohamad Khursin Munawi. Dendam dan honar ini dinyalakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepalanya Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Beberapa sikap biadap diperlihatkan oleh Khalid termasuk tindakannya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Aziz Shah.

Kerajaan Selangor sekarang bawah teraju Khalid adalah kerajaan dendam. Ini bukan kerajaan untuk rakyat, sebaliknya untuk membalas dendam politik kepada kerajaan Persekutuan. Khalid seorang yang sangat honar, penuh dendam.

Kehangatan isu SUK ini memperjelaskan kepada rakyat beginilah wajah pemimpin yang menggunakan kuasa (kalau benar berkuasa) untuk membalas dendam.
Sebelum ini Khalid membalas dendam kepada BN apabila sebaik saja menduduki kerusi Menteri Besar, dia telah mengarah kan kakitangan saluran radio Selangor FM keluar dari Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri. Selepas itu Khalid mengharamkan akhbar Utusan Malaysia dijual di semua pejabat kerajaan negeri Selangor. Ini kerana dendam kepada Utusan Malaysia yang banyak mendedahkan putar belit pembangkang yang memperalatkan rakyat.

Mohamad Khursin kali ini menjadi bahan dendam Khalid yang terbaru. Pelantikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Sidek Hassan dengan perkenan Sultan Selangor mahu dicabar dengan pelbagai helah terma suk meminda Undang-Undang Tubuh Nege ri Selangor. Tujuannya untuk memboleh kan Menteri Besar dan Sultan Selangor sahaja yang menentukan pelantikan SUK.


 Adakah sekali lagi Khalid tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor? Satu lagi, kalau pelantikan SUK memerlukan persetujuan Menteri Besar, untuk apa merancang membuat pindaan pada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor?Maknanya dalam amalan sebelum ini, Menteri Besar tidak perlu dirujuk bagi pelantikan SUK selepas Sultan Selangor memberi perkenan.

 Kenapa sebelum ini tidak menjadi isu pun siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi SUK. Bukan di Selangor malah di negeri-negeri lain juga berjalan dengan licin. SPA bukan sebuah parti atau badan politik. Kebetulan SPA berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).Khalid dengan "kehonaran" yang sangat luar biasa itu telah mengheret Ketua Setiausaha Negara ke kancah debat yang penuh kebodohan ini.

Khalid mempolitikkan segala perkara yang terlintas di fikirannya. Khalid memberikan gambaran seolah-olah SPA sebuah badan politik, Mohd Sidek Hassan juga orang politik malah turut mengheret Sultan Selangor dalam debat politiknya.jawatan

Khalid telah memperbodoh kan rakyat terutama pembang kang bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa menentu kan siapa menjadi SUK. Padahal jawatan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah jawatan kerajaan Persekutuan di negeri-negeri.

Tetapi pembangkang yang sebahagian besar tidak berfikir di luar kotak terpengaruh den gan rentak politik cara begini.

 Keadaan menjadi lebih teruk apabila Khalid mendapat sokongan pemimpin lain di peringkat negeri yang sanggup berlaku biadap dengan Sultan Selangor.Ini antara ciri-ciri pembangkang terutama PKR dan DAP untuk menghancurkan institusi raja dan menjadikan negara ini sebuah republik. Mereka yang tanpa rasa bersalah mencabar Raja-Raja Melayu.

Apakah istilah lain yang boleh digambarkan berlaku di Selangor kalau bukan mencabar kuasa Raja-Raja Melayu?Mohamad Khursin bukanlah dengan tiba-tiba dilantik menjadi SUK. Beliau menjalani proses sebagai pentadbir dan jawatan sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tetapi semua sudah maklum bahawa kerajaan PKR di Selangor tidak melangkah "sederap" dengan JAWI dalam banyak hal. Ini kerana PKR dan DAP tetap melihat JAIS sekaligus Mohamad Khursin sebagai sebuah badan yang terikat dengan politik BN. Kalau kita masih ingat, JAIS seolah-olah "diabaikan" kewujudannya apa

Bayangkan keangkuhan pembangkang, titah Sultan Selangor supaya jangan menjadikan masjid dan surau gelanggang politik tidak diendahkan sedikit pun. Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Sultan Sharafuddin meluahkan kekesalan baginda apabila ada pihak yang menggambarkan baginda mencampuri hal politik Selangor. Sultan Selangor adalah seorang yang sangat bertolak ansur demi kepentingan rakyat.

bila kerajaan negeri menjadikan masjid dan surau di Selangor sebagai gelang gang politik. JAIS memang bertegas melarang tetapi penceramah politik PKR dan Pas termasuk DAP bebas menguasai masjid dan surau.Jadi, isu Khalid tidak "mengiktiraf" SUK baru ini adalah dendam kepada bekas Pengarah JAIS. Khalid memberikan alasan, dia mempunyai tiga calon SUK yang semuanya mempunyai rekod mutu kerja yang lebih tinggi daripada Mohamad Khursin.

 Siapa mereka itu? Sampai hari ini Khalid tidak mendedahkan. Maka kita tertanya-tanya apakah calon-calon itu datangnya dari Selangor tetapi tidak pernah memegang jawatan lebih tinggi daripada Mohamad Khursin.

 Bagaimana Khalid boleh menilai rekod mutu kerja calon-calon ini kalau beban jawatannya lebih rendah daripada Khursin? Malah apabila dipilih oleh Khalid, sudah tentu calon-calon itu terdiri daripada orang politik atau proksi politik sealiran dengan pembangkang.

Rakyat Selangor mesti segera sedar, tanpa hubungan kerja yang licin antara SUK dengan Menteri Besar, segala perancangan pentadbiran tidak akan bergerak. Khalid tetap menolak SUK sekalipun telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Jumaat lalu. Khalid yang turut hadir ke majlis mengangkat sumpah tetap tidak "merestui" Mohamad Khursin sedangkan Sultan Selangor telah "merentui". Kebiadapan begini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.

Orang tua-tua ada berkias, "Macam kera mendapat bunga". Ini adalah kebijaksanaan silam orang Melayu untuk menggambarkan seseorang yang mendapat sesuatu kemudian tidak bijak memanfaatkannya. Khalid telah mendapat kuasa di Selangor, tetapi tidak memanfaatkan "bunga" itu dan akhirnya "bunga" yang dulunya cantik menjadi koyak rabak. Lain kali rakyat kenalah berfikir banyak kali sebelum memberi bunga kepada kera.
Sikap Khalid yang sengaja "membakar" isu ini perlu dilihat sebagai petanda pemimpin yang tidak berfikir jauh untuk rakyat. Maka laungan untuk berkhidmat kepada rakyat hanya sebuah drama politik, padahal dia sendiri membantutkan urusan membangunkan rakyat dengan isu SUK.
Khalid telah mengelirukan rakyat bahawa meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor seolah-olah sama dengan meminda perlembagaan "pakatan kenduri kahwin." Sekalipun sekiranya Khalid mendapat sokongan dua pertiga ADUN, pindaan itu mesti mendapat perkenan Sultan Selangor.

Khamis, 6 Januari 2011

Apabila Hata Wahari menutut kebebasan media

Subky Latif   

HATA Wahari, wartawan Utusan Melayu yang menjadi Presiden baru NUJ –Kesatuan Wartawan Nasional – menggemparkan alam kewartawanan dan politik nasional apabila dia menempelak amalan berat sebelah dan putar belit kebanyakan agensi media di negara ini.

Dia benci akan amalan jijik itu. Lalu disarannya supaya dipulihkan amalan kebebasan berakhbar yang menjadi piagam sejagat yang ideal alam kewartawanan.

Banyak reaksi positif terhadap cetusan berani yang seolah-olah menentang arus itu. Keberaniannya dipuji dan itulah yang wajar diperjuangkan oleh semua pengamal dan pencinta demokrasi dan kebebasan bersuara.

Mungkin saya yang terlambat memberi reaksi. Kelambatan itu disebabkan semua reaksi itu adalah selari dengan cita rasa saya, mungkin wajar saya gunakan ruang yang terhad dan berharga untuk isu lain yang juga perlukan perhatian. Tetapi ada yang berpendapat reaksi saya perlu diketahui.

Hata dan NUJ, jika benar anggota NUJ dari berbagai cepal menyokongnya, adalah satu pendirian yang berani dan benar. Ia tidak sekadar satu lontaran perasaan tetapi Hata kelihatan bersungguh untuk merealisasikannya. Syabas dan wajar disokong dengan apa saja cara yang dihalalkan.

Sekalipun suara dari NUJ itu popular tetapi rintangannya banyak. Itulah realiti semua yang dinamakan perjuangan.

Pertama adakah Hata mendapat sokongan sekalian warga bukan eksekutif di tempat kerjanya. Tempat kerjanya itu adalah sarang utama pencabolan keseluruhan etika kewartawanan sejak rampasan kuasa yang disokong kerajaan persekutuan ke atas pengurusan penerbitan itu awal tahun 60an.

Kalau pengasas utama, pengarah urusan pertama yang menghidupkan syarikat penerbitan akhbar Melayu paling tua iaitu Al-Marhum Yusuf Ishak telah dilucutkan jawatannya, maka apa jaminan Hata menjadi petugas yang dihormati oleh syarikat tempat kerjanya?

NUJ adalah kesatuan wartawan yang bukan eksekutif. Mereka adalah pekerja yang tidak berupaya menentukan dasar penerbitan dan tiada kuasa menentukan bahan siaran disiarkan atau tidak. Mereka juga tiada kebebasan menentukan berita disiarkan seperti maksud yang mereka tulis.

Kuasa itu ada pada eksekutif yang tidak boleh menjadi anggota NUJ. Hata, NUJ dan anggotanya harus bersabar atas semua karenah majikan terhadap idealisma NUJ. Hata sudah pun dicabar oleh orang yang tidak lagi bekerja di situ supaya meninggalkan tempat kerja itu jika tidak setuju dengan dasarnya.

NUJ mesti memastikan ia disokong dan dianggotai oleh semua pekerja di tempat kerja masing-masing. Dan suara Hata itu dipertahankan sekalipun Hata tidak lagi bekerja di situ dan tidak lagi memimpin NUJ.

Cita-cita dan amalan kebebasan berakhbar telah wujud sejak penduduk Malaysia mengenali alam persurat-khabaran. Dengan segala tekanan penjajah, ia gagal menyekat amalan kebebasan. Pencabulan piagam itu berjalan serentak dengan monopoli politik di tangan Umno mulai tahun 60an. Lepas itu semua media seolah-olah menjadi satu unit dalam Jabatan Penerangan di samping jabatan itu dan radio serta TV.

Setiap penerbitan dan media berhak menentukan dasarnya dan siapa yang hendak disokongnya. Ia boleh menggunakan kemahiran secara profesional tidak menyokong pihak tertentu atau menyokong. Tetapi tidak memutar belit. Ia wajar melayan sebarang penjelasan dan pembetulan. Jika penjelasan itu negatif mengikut dasar penerbitan itu, ia boleh mengulas secara profesional mengapa penjelasan itu tidak boleh disokong dengan hujah yang kuat.

Apa pun kebebasan itu terletak kepada keterbukaan kerajaan membenarkan penerbitan mana-mana media dengan dasarnya sendiri asal ia ada modal. Pandangan yang berbeza atas setiap perkara oleh media yang berbeza dapat mewujud keadaan yang sebenar.

Ketika saya menentang dalam hati atas pencabutan terhadap etika kewartawanan dan kebebasan media 30 tahun dulu, dan menyedari hak menentukan dasar sendiri oleh setiap penerbitan, tidak banyak yang dapat dibuat untuk mengubah dasar itu dari dalam.

Jalan terbuka bagi memecah kebuntuan kongkongan itu ialah menerbitan akhbar sendiri. Ada sambutan dari masyarakat yang mahukan pandangan kedua.

Tetapi KDN menarik cetak. Apabila wujud beberapa akta tentang penerbitan dan percetakan, ia mematikan minat pelabur dalam industri media. Lalu wujudlah suasana satu aliran bagi semua media sama seperti yang terdapat di negara blok komunis satu masa dulu dan regim fasis.

Sekali pun kelahiran media baru dalam masa sepuluh tahun terakhir ini seperti memecah monopoli pemberitaan dan penyiaran, tetapi ia tidak mencetuskan semangat reformasi dan transformasi terbuka terhadap dunia media.

Kebebasan itu tidak laku kalau ia tidak dikehendaki oleh rakyat. Tiada kerajaan di dunia memberi kebebasan jika ia tidak dikehendaki oleh rakyat. England memberi kebebasan kerana rakyatnya menuntutnya hampir seribu tahun dulu. Jepun dan Amerika membenarkan kerana rakyatnya mahu. Tetapi adakah orang Melayu mahu? Selagi orang Melayu dibelenggu Umno, maka jangan fikir kebebasan itu berlaku.

Setiap kali suara kebebasan disuarakan, reaksi pemimpin Umno ialah mana ada kebebasan seratus peratus? Itulah reaksi Dr. Mahathir dan Muhyiddin atas suara Hata dan NUJ. Mereka mendakwa, mereka tidak menentang kebebasan. Tetapi apabila ada tetapi kepada kebebasan itu, maka ia tanda ketakutannya kepada kebebasan itu. Ia seperti hujah penjajah kepada tuntutan kemerdekaan. Kemerdekaan tidak bererti merdeka segala-galanya. Ia  adalah dalih menyangka rakyat bodoh sangat tentang kebebasan dan kemerdekaan.

Hata boleh memulakan kesedaran kepada rakyat menuntut kebebasan itu. Hata mesti faham tuntutan itu tidak diberi Umno kalau tidak dituntut rakyat. Umno tidak dapat halang kalau rakyat bangun menuntutnya.

Wartawan Islam mencontohi ketepatan rawi Abu Hurairah r.a. malaporkan semua hadis yang didengarnya dari Rasulullah SAW dan menjadikannya sebagai model pemberita yang tepat dan sahih. Wartawan juga mesti mencontohi Imam Bukhari dalam mengumpul hadis yang sahih. Setiap hadis yang dirawinya adalah sahih.

Beliaulah contoh wartawan investigatif yang ulong dan pertama di dunia pemberitaan. Beliau tidak mengambil mana-mana hadis yang ada keraguan