Selasa, 19 April 2011

Gerakan 1Melayu 1Bumi - kata Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan, Datuk Zaini Hasan

Rencana ini adalah tulisan Penolong Ketua Pengarang 1, Utusan Melayu, Datuk Zaini Hassan yang menggesa mengerakkan 1Melayu 1Bumi - persoalannya perlukah perkara ini dilancarkan - apa perlunya perkara ini kalau ia akan mencetuskan pergeseran kaum yang semakin teruk di Malaysia.


Utusan Malaysia lancarkan 1Melayu 1Bumi vs 1Malaysia vs 1Cina


ORANG Cina telah bersatu.  Keputusan Pi lihan Raya Negeri Sarawak telah membuk tikannya. Malah, sebenarnya orang Cina  telah pun bersatu sejak dulu lagi.Perkembangan politik muaasir (kontem porari), selepas era-Mahathirisme dan se masa era-Abdullahisme telah membuktikan  ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu.  Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta  brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih  erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-ma na kaum di atas muka bumi Malaysia ini.Walaupun antara mereka berlainan haluan  politik, tapi apabila sampai masa menentukan  arah untung nasib kaum Cina – mereka akan  bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu an tara satu sama lain. Dari sekecil-kecil eko nomis kepadalah yang sebesar-besarnya,  mereka akan tolong-menolong antara satu  sama lain. Budaya telah berjaya menyatupadukan  orang Cina.  Dalam masyarakat Cina tiada  istilah bidaah yang boleh
memesongkan me reka daripada  soal budaya dan adat resam  bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah  ada yang kata orang Cina yang tidak boleh  membaca Cina pun akan turut membantu  membeli akhbar Cina.

Maka itu, akhbar Sin  Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina,   menjadi antara akhbar yang paling tinggi  edaran dan keuntungannya di Malaysia.  Sekolah Cina terus dijadikan sebagai ca garan politik utama – yang tidak boleh di kompromi sama sekali.
Pendek kata, orang Cina sebenarnya  amat beruntung sekali berada di bumi Ma laysia ini. Mereka telah
menguasai sega la-galanya.  Sepuluh teratas orang mereka  adalah bilionaire Malaysia. Hampir semua  kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia  ini milik mereka. Hampir semua pelajar  yang belajar di universiti swasta dan IPTS  ternama dan mahal-mahal di negara ini  rata-ratanya orang mereka.
Saya telah nyatakan perkara itu dalam  Cuit bertajuk ‘‘Apa lagi orang Cina mahu?''  tahun lepas. Tulisan itu
dipetik sepenuhnya  oleh akhbar Straits Times Singapura dan  surat pembaca yang saya terima dari re publik itu menyokong penuh tulisan itu.
Apa yang saya katakan ini adalah hakikat  atau fakta.Hanya kuasa mutlak politik yang belum  dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain  semua sudah. Kini DAP membawa slogan  yang cukup hebat di kalangan masyarakat  mereka iaitu “Undi untuk Ubah,” “Enough is  Enough” (Cukuplah) dan “Selamatkan Ma laysia.”Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan  kepada orang lain, tapi khususnya kepada  orang Cina.  Terpapar megah di dada baju  penyokong dan calon DAP dalam pilihan  raya Sarawak supaya diubah kepimpinan  Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat  menyanjungi  orang Cina. Mereka mempu nyai matlamat dan masa depan yang cukup  jelas.  Walaupun tindakan itu berbau politik  atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. 
Politik digunakan sebaik-baik mungkin un tuk menyatupadukan kaum itu.Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP  lakukan itu amat betul untuk masa depan  kaumnya.  Jika Pas dipergunakan oleh DAP  untuk memecahkan bangsanya sendiri,  itulah operatif licik DAP. DAP telah berjaya menjadi parti Cina  yang telah
menyatupadukan orang Cina.   MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat  atas kertas. Malah seorang sahabat saya  berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar  ternama bersetuju bahawa orang Cina kini  ke arah menyokong pembangkang.

Pilihan  Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepe nuhnya untuk menyatukan kuasa mereka. Sebaliknya apa yang orang Melayu buat?  Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa  yang cukup selesa, komplesen, alpa dan  tidak peduli.  Malah pemikiran mereka cu kup bercelaru. Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO  harus berfikiran seperti DAPkah? 
Pandangan saya, apa yang UMNO harus  lakukan sekarang, di masa yang amat ter desak sekarang,  ialah
melancarkan gelom bang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi. Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam  lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu  yang lain. Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta,  gabungkan
dengan puluhan NGO-NGO Me layu yang kini tumbuh bagaikan cendawan  di atas bumi Malaysia ini. Perlu
diingat  NGO-NGO itu wujud kerana mereka da hagakan wadah perjuangan untung nasib  bangsa semakin
ditinggalkan.  UMNO harus  tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan  dan menjadi juara semula dalam soal
ini.
Persetankan Pas yang ternyata telah  menggadaikan perjuangan bangsa Melayu  untuk kepentingan politik
totok mereka.   Hairan sungguh, para penyokong Pas akan  menjadi lebih kuah daripada sudu semasa  berkempen, dan mereka tidak pernah sedar  bahawa secara senyap-senyap DAP cukup  strategik mempermainkan mereka.
Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sa rawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah  pasti mereka akan
menang dan ada wakil  dalam dewan undangan negeri.  Tapi DAP telah  mempermainkan mereka.  Pas diletakkan di  kawasan kaum bumiputera, bagi memboleh kan kaum bumiputera terus berpecah. Pas  seperti biasa, tidak sedar semua itu.
Dalam usaha meniupkan gelombang  1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia di teruskan kerana ia adalah dasar jangka pan jang negara. Parti komponen Cina dalam BN  pun tidak akan marah jika UMNO melan carkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi  mereka orang Cina telah pun bersatu.Tidak salah bagi orang Melayu melan carkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana  orang Melayu sendiri belum bersatu.Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini,  saya ada mengatakan orang Melayu ber pecah kepada enam golongan.
Melayu UM NO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP,  Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
Orang Melayu cukup berpecah.  Orang  Cina tidak akan marah sekiranya orang  Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah  yang tidak selesa kerana matlamat mereka  untuk memecah-belahkan lagi orang Me layu akan gagal.  Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Ma laysian mereka tidak berlaku, selagi itu me reka akan berusaha keras untuk menja yakannya.UMNO harus meniupkan gagasan 1Me layu, 1Bumi ini segera. 

Orang Melayu harus  disatukan segera bagi memastikan mereka  menguasai semula politik yang semakin  terhakis daripada tangan mereka.  Walaupun Melayu berpecah, namun ada  lagi suara-suara segelintir yang amat sa yangkan bangsa.  Seorang sahabat umpa manya, menghantar SMS semasa tulisan ini  ditulis berbunyi:  “Tolong tulis...BN jangan  lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada  wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan da tang... cukup sudah pengorbanan UMNO  yang dibalas dengan tuba. MCA dan Ge rakan WAJIB akur kerana kalau mereka  kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu  dilantik dalam kerajaan...”
Itu ialah suara marah. Orang Melayu  marah. Tapi kita harus rasional. Susun se mula barisan dan gelombang
satukan orang  Melayu. Saya bercakap bagi pihak bangsa saya.  Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh  sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Ab dullah, seorang mualaf Cina yang cukup  kental jiwa ultra Melayunya. Orang Cina  amat tidak menggemari beliau di atas se mangat assabiyah Melayu beliau itu. Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu  yang lain, mereka amat khuatir dengan  perkembangan mutakhir yang
berlaku di  negara ini sekarang.
Namun, penghargaan harus diberi ke pada kaum bumiputera Sarawak yang telah  melaksanakan tanggungjawab mereka de ngan begitu betul sekali.Saya angkat topi kepada kaum bumi putera Sarawak yang dilihat lebih matang  daripada orang Melayu di Semenanjung.  Sekiranya mereka tidak bersatu dalam
pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak su dah tentu akan jatuh ke tangan orang lain. Orang bumiputera Sarawak telah mem beri satu petunjuk yang amat berharga  supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung  berpecah enam. Mereka masih lagi ber pecah enam.  Oleh itu menjadi kewajipan UMNO;  atas  nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu;  dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi  menggerakkan semula gelombang kebang saan bangsa
itu.
Melayu harus dan wajib disatukan kem bali sebagaimana kita mahu satukan orang  Malaysia di bawah semangat 1Malaysia.  Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang  Melayu sendiri pun berpecah.
Kini terletak dalam tangan UMNO untuk  menentukan hidup atau mati bangsa ini.Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti  kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu  ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

Isnin, 18 April 2011

Siapakah Awang Selamat di Mingguan Malaysia

Siapakah penulis ruangan pojok Awang Selamat di Mingguan Malaysia yang  mencadangkan Barisan Nasional (BN) agar meminggirkan masyarakat Cina dan tidak perlukan sokongan masyarakat tersebut untuk memerintah. Penulis inilah yang menyatakan bahawa aspirasi Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia adalah untuk UMNO/BN, aspirasi kedua-dua akhbar ini untuk menyokong UMNO/BN - apa pentingnya masyarakat lain yang penting Melayu.

Penulis ini memasuki Utusan dengan kelulusan SPM iaitu semasa menunggu keputusan STPM pada tahun 1982 dan menaiki tangga kejayaan di Utusan dengan bersikap `yes sir' tak menongkah arus bagi memastikan ia naik ke jawatan tertinggi. ramai rakan seangkatannya menggelarkannya ` rupa macam syurga tetapi hati macam neraka' dan ini sebenarnya menggambarkan wataknya baik di hadapan tetapi dibelakang heeem hanya Allah SWT yang tahu.

Tak perlulah saya menyebut namanya dan lihatlah wajahnya sendiri benarkah apa yang dikatakan rakan seangkatannya di Utusan `rupa macam syurga tetapi hati macam neraka' ramai yang telah terkenal dengan kelicikannya. Inilah wajahnya apa macam ada rupa syurga ke rupa neraka.


Realiti baru - Oleh Awang Selamat - Mingguan Malaysia

AWANG bersyukur Barisan Nasional (BN) dapat mengekalkan kuasa memerintah Sarawak pada pilihan raya negeri itu semalam.
Walaupun ia merupakan pilihan raya paling mencabar, majoriti rakyat Sarawak memberikan mandat kepada BN. Segala kebimbangan kononnya akan berlaku tsunami sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang, tidak menjadi kenyataan. Walaupun BN memperoleh 55 kerusi berbanding 63 pada 2006 tetapi kemenangan dua pertiga itu amat signifikan.
Awang mengucapkan tahniah kepada rakyat Sarawak kerana tidak terjebak dengan sentimen liar, manipulasi dan putar belit pemimpin pembangkang tertentu terutama Anwar Ibrahim.
Kempen untuk mengubah kerajaan negeri nampaknya hanya disambut oleh majoriti pengundi Cina. Masyarakat bumiputera tetap teguh bersama BN.
Keputusan tersebut mempunyai makna yang perlu diterjemahkan oleh kerajaan negeri pimpinan Abdul Taib Mahmud. Awang berharap Taib akan menubuhkan Kabinet dengan mengambil kira realiti daripada peti undi. Ternyata, rata-rata pengundi Cina menolak BN dan menyokong DAP. Maka kerajaan negeri BN tidak lagi boleh bersikap terlalu pemurah untuk memberikan tempat kepada perwakilan kaum itu. Kabinet Sarawak mesti reflektif kepada keputusan dan sikap pengundi. Mesej yang jelas perlu disampaikan. Taib sewajarnya perlu lebih memberi penghargaan kepada golongan yang menyokong beliau dan kerajaan BN.
Dalam pilihan raya kali ini, suka atau tidak, penghargaan atas kemenangan BN harus diberi kepada Taib selaku Pengarah pilihan raya BN Sarawak dan para pemimpin BN negeri itu. Tetapi penghargaan lebih istimewa adalah kepada Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak dan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang bekerja keras mendampingi rakyat Sarawak sejak beberapa bulan lalu. Kehadiran Najib dalam kempen banyak membantu. Awang sendiri melihat kegigihan beliau dan menyaksikan kunjungan beliau ke merata tempat, mendapat sambutan hebat daripada rakyat. Komitmen yang tinggi turut diperlihatkan oleh seluruh jentera BN sama ada dari pusat mahu pun negeri.
Namun banyak pengajaran yang perlu diambil oleh BN selepas ini termasuk dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum nanti. Sekali lagi, sikap pengundi Cina semakin jelas terus menolak BN. Awang percaya, sentimen pengundi Cina di Semenanjung juga masih sama. Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan. Kepada BN, janganlah diharapkan sesuatu yang samar malah mungkin boleh memakan diri. BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu. Itu risiko besar maknanya. Usahlah dirayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP. Biarlah sokongan itu secara natural datang sendiri. Jika pun pengundi Cina terus menolak BN, janganlah bimbang, akan ada jalan keluarnya.
Keputusan pilihan raya Sarawak kemungkinan besar boleh berulang pada pilihan raya umum. BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Yang penting ialah memperkasakan lagi golongan pengundi yang menjadi penyokong setia. Jangan yang dikejar tidak dapat, yang dikendung keciciran. Dengan sokongan bumiputera, Melayu, kaum India dan etnik lain, yang kian meningkat, potensi BN untuk menang tetap besar.
Jika ada penambahan peratusan kecil pengundi Cina, itu bonus. Semua pihak perlu bersedia dengan realiti baru. Keyakinan ke arah itu mesti bermula dari sekarang. Awang sudah lama bersedia.

Sabtu, 8 Januari 2011

Dendam@ dan honar

Cukuplah wahai pengarang-pengarang ku - jenguklah ke pinta neraca pula - adakah kita di pintu mana neraka ke syurga untuk terus menaburkan fitnah - Pak NUJum.

Oleh KU SEMAN KU HUSSEIN - PENOLONG PENGARAG MINGGUAN MALAYSIA UNTUK SIARAN MINGGUAN MALAYSIA 9 JANUARI 2011

Dendam@ dan honar. Ini adalah dua kata kunci menghangatkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Mohamad Khursin Munawi. Dendam dan honar ini dinyalakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepalanya Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Beberapa sikap biadap diperlihatkan oleh Khalid termasuk tindakannya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Aziz Shah.

Kerajaan Selangor sekarang bawah teraju Khalid adalah kerajaan dendam. Ini bukan kerajaan untuk rakyat, sebaliknya untuk membalas dendam politik kepada kerajaan Persekutuan. Khalid seorang yang sangat honar, penuh dendam.

Kehangatan isu SUK ini memperjelaskan kepada rakyat beginilah wajah pemimpin yang menggunakan kuasa (kalau benar berkuasa) untuk membalas dendam.
Sebelum ini Khalid membalas dendam kepada BN apabila sebaik saja menduduki kerusi Menteri Besar, dia telah mengarah kan kakitangan saluran radio Selangor FM keluar dari Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri. Selepas itu Khalid mengharamkan akhbar Utusan Malaysia dijual di semua pejabat kerajaan negeri Selangor. Ini kerana dendam kepada Utusan Malaysia yang banyak mendedahkan putar belit pembangkang yang memperalatkan rakyat.

Mohamad Khursin kali ini menjadi bahan dendam Khalid yang terbaru. Pelantikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Sidek Hassan dengan perkenan Sultan Selangor mahu dicabar dengan pelbagai helah terma suk meminda Undang-Undang Tubuh Nege ri Selangor. Tujuannya untuk memboleh kan Menteri Besar dan Sultan Selangor sahaja yang menentukan pelantikan SUK.


 Adakah sekali lagi Khalid tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor? Satu lagi, kalau pelantikan SUK memerlukan persetujuan Menteri Besar, untuk apa merancang membuat pindaan pada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor?Maknanya dalam amalan sebelum ini, Menteri Besar tidak perlu dirujuk bagi pelantikan SUK selepas Sultan Selangor memberi perkenan.

 Kenapa sebelum ini tidak menjadi isu pun siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi SUK. Bukan di Selangor malah di negeri-negeri lain juga berjalan dengan licin. SPA bukan sebuah parti atau badan politik. Kebetulan SPA berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).Khalid dengan "kehonaran" yang sangat luar biasa itu telah mengheret Ketua Setiausaha Negara ke kancah debat yang penuh kebodohan ini.

Khalid mempolitikkan segala perkara yang terlintas di fikirannya. Khalid memberikan gambaran seolah-olah SPA sebuah badan politik, Mohd Sidek Hassan juga orang politik malah turut mengheret Sultan Selangor dalam debat politiknya.jawatan

Khalid telah memperbodoh kan rakyat terutama pembang kang bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa menentu kan siapa menjadi SUK. Padahal jawatan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah jawatan kerajaan Persekutuan di negeri-negeri.

Tetapi pembangkang yang sebahagian besar tidak berfikir di luar kotak terpengaruh den gan rentak politik cara begini.

 Keadaan menjadi lebih teruk apabila Khalid mendapat sokongan pemimpin lain di peringkat negeri yang sanggup berlaku biadap dengan Sultan Selangor.Ini antara ciri-ciri pembangkang terutama PKR dan DAP untuk menghancurkan institusi raja dan menjadikan negara ini sebuah republik. Mereka yang tanpa rasa bersalah mencabar Raja-Raja Melayu.

Apakah istilah lain yang boleh digambarkan berlaku di Selangor kalau bukan mencabar kuasa Raja-Raja Melayu?Mohamad Khursin bukanlah dengan tiba-tiba dilantik menjadi SUK. Beliau menjalani proses sebagai pentadbir dan jawatan sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tetapi semua sudah maklum bahawa kerajaan PKR di Selangor tidak melangkah "sederap" dengan JAWI dalam banyak hal. Ini kerana PKR dan DAP tetap melihat JAIS sekaligus Mohamad Khursin sebagai sebuah badan yang terikat dengan politik BN. Kalau kita masih ingat, JAIS seolah-olah "diabaikan" kewujudannya apa

Bayangkan keangkuhan pembangkang, titah Sultan Selangor supaya jangan menjadikan masjid dan surau gelanggang politik tidak diendahkan sedikit pun. Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Sultan Sharafuddin meluahkan kekesalan baginda apabila ada pihak yang menggambarkan baginda mencampuri hal politik Selangor. Sultan Selangor adalah seorang yang sangat bertolak ansur demi kepentingan rakyat.

bila kerajaan negeri menjadikan masjid dan surau di Selangor sebagai gelang gang politik. JAIS memang bertegas melarang tetapi penceramah politik PKR dan Pas termasuk DAP bebas menguasai masjid dan surau.Jadi, isu Khalid tidak "mengiktiraf" SUK baru ini adalah dendam kepada bekas Pengarah JAIS. Khalid memberikan alasan, dia mempunyai tiga calon SUK yang semuanya mempunyai rekod mutu kerja yang lebih tinggi daripada Mohamad Khursin.

 Siapa mereka itu? Sampai hari ini Khalid tidak mendedahkan. Maka kita tertanya-tanya apakah calon-calon itu datangnya dari Selangor tetapi tidak pernah memegang jawatan lebih tinggi daripada Mohamad Khursin.

 Bagaimana Khalid boleh menilai rekod mutu kerja calon-calon ini kalau beban jawatannya lebih rendah daripada Khursin? Malah apabila dipilih oleh Khalid, sudah tentu calon-calon itu terdiri daripada orang politik atau proksi politik sealiran dengan pembangkang.

Rakyat Selangor mesti segera sedar, tanpa hubungan kerja yang licin antara SUK dengan Menteri Besar, segala perancangan pentadbiran tidak akan bergerak. Khalid tetap menolak SUK sekalipun telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Jumaat lalu. Khalid yang turut hadir ke majlis mengangkat sumpah tetap tidak "merestui" Mohamad Khursin sedangkan Sultan Selangor telah "merentui". Kebiadapan begini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.

Orang tua-tua ada berkias, "Macam kera mendapat bunga". Ini adalah kebijaksanaan silam orang Melayu untuk menggambarkan seseorang yang mendapat sesuatu kemudian tidak bijak memanfaatkannya. Khalid telah mendapat kuasa di Selangor, tetapi tidak memanfaatkan "bunga" itu dan akhirnya "bunga" yang dulunya cantik menjadi koyak rabak. Lain kali rakyat kenalah berfikir banyak kali sebelum memberi bunga kepada kera.
Sikap Khalid yang sengaja "membakar" isu ini perlu dilihat sebagai petanda pemimpin yang tidak berfikir jauh untuk rakyat. Maka laungan untuk berkhidmat kepada rakyat hanya sebuah drama politik, padahal dia sendiri membantutkan urusan membangunkan rakyat dengan isu SUK.
Khalid telah mengelirukan rakyat bahawa meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor seolah-olah sama dengan meminda perlembagaan "pakatan kenduri kahwin." Sekalipun sekiranya Khalid mendapat sokongan dua pertiga ADUN, pindaan itu mesti mendapat perkenan Sultan Selangor.

Khamis, 6 Januari 2011

Apabila Hata Wahari menutut kebebasan media

Subky Latif   

HATA Wahari, wartawan Utusan Melayu yang menjadi Presiden baru NUJ –Kesatuan Wartawan Nasional – menggemparkan alam kewartawanan dan politik nasional apabila dia menempelak amalan berat sebelah dan putar belit kebanyakan agensi media di negara ini.

Dia benci akan amalan jijik itu. Lalu disarannya supaya dipulihkan amalan kebebasan berakhbar yang menjadi piagam sejagat yang ideal alam kewartawanan.

Banyak reaksi positif terhadap cetusan berani yang seolah-olah menentang arus itu. Keberaniannya dipuji dan itulah yang wajar diperjuangkan oleh semua pengamal dan pencinta demokrasi dan kebebasan bersuara.

Mungkin saya yang terlambat memberi reaksi. Kelambatan itu disebabkan semua reaksi itu adalah selari dengan cita rasa saya, mungkin wajar saya gunakan ruang yang terhad dan berharga untuk isu lain yang juga perlukan perhatian. Tetapi ada yang berpendapat reaksi saya perlu diketahui.

Hata dan NUJ, jika benar anggota NUJ dari berbagai cepal menyokongnya, adalah satu pendirian yang berani dan benar. Ia tidak sekadar satu lontaran perasaan tetapi Hata kelihatan bersungguh untuk merealisasikannya. Syabas dan wajar disokong dengan apa saja cara yang dihalalkan.

Sekalipun suara dari NUJ itu popular tetapi rintangannya banyak. Itulah realiti semua yang dinamakan perjuangan.

Pertama adakah Hata mendapat sokongan sekalian warga bukan eksekutif di tempat kerjanya. Tempat kerjanya itu adalah sarang utama pencabolan keseluruhan etika kewartawanan sejak rampasan kuasa yang disokong kerajaan persekutuan ke atas pengurusan penerbitan itu awal tahun 60an.

Kalau pengasas utama, pengarah urusan pertama yang menghidupkan syarikat penerbitan akhbar Melayu paling tua iaitu Al-Marhum Yusuf Ishak telah dilucutkan jawatannya, maka apa jaminan Hata menjadi petugas yang dihormati oleh syarikat tempat kerjanya?

NUJ adalah kesatuan wartawan yang bukan eksekutif. Mereka adalah pekerja yang tidak berupaya menentukan dasar penerbitan dan tiada kuasa menentukan bahan siaran disiarkan atau tidak. Mereka juga tiada kebebasan menentukan berita disiarkan seperti maksud yang mereka tulis.

Kuasa itu ada pada eksekutif yang tidak boleh menjadi anggota NUJ. Hata, NUJ dan anggotanya harus bersabar atas semua karenah majikan terhadap idealisma NUJ. Hata sudah pun dicabar oleh orang yang tidak lagi bekerja di situ supaya meninggalkan tempat kerja itu jika tidak setuju dengan dasarnya.

NUJ mesti memastikan ia disokong dan dianggotai oleh semua pekerja di tempat kerja masing-masing. Dan suara Hata itu dipertahankan sekalipun Hata tidak lagi bekerja di situ dan tidak lagi memimpin NUJ.

Cita-cita dan amalan kebebasan berakhbar telah wujud sejak penduduk Malaysia mengenali alam persurat-khabaran. Dengan segala tekanan penjajah, ia gagal menyekat amalan kebebasan. Pencabulan piagam itu berjalan serentak dengan monopoli politik di tangan Umno mulai tahun 60an. Lepas itu semua media seolah-olah menjadi satu unit dalam Jabatan Penerangan di samping jabatan itu dan radio serta TV.

Setiap penerbitan dan media berhak menentukan dasarnya dan siapa yang hendak disokongnya. Ia boleh menggunakan kemahiran secara profesional tidak menyokong pihak tertentu atau menyokong. Tetapi tidak memutar belit. Ia wajar melayan sebarang penjelasan dan pembetulan. Jika penjelasan itu negatif mengikut dasar penerbitan itu, ia boleh mengulas secara profesional mengapa penjelasan itu tidak boleh disokong dengan hujah yang kuat.

Apa pun kebebasan itu terletak kepada keterbukaan kerajaan membenarkan penerbitan mana-mana media dengan dasarnya sendiri asal ia ada modal. Pandangan yang berbeza atas setiap perkara oleh media yang berbeza dapat mewujud keadaan yang sebenar.

Ketika saya menentang dalam hati atas pencabutan terhadap etika kewartawanan dan kebebasan media 30 tahun dulu, dan menyedari hak menentukan dasar sendiri oleh setiap penerbitan, tidak banyak yang dapat dibuat untuk mengubah dasar itu dari dalam.

Jalan terbuka bagi memecah kebuntuan kongkongan itu ialah menerbitan akhbar sendiri. Ada sambutan dari masyarakat yang mahukan pandangan kedua.

Tetapi KDN menarik cetak. Apabila wujud beberapa akta tentang penerbitan dan percetakan, ia mematikan minat pelabur dalam industri media. Lalu wujudlah suasana satu aliran bagi semua media sama seperti yang terdapat di negara blok komunis satu masa dulu dan regim fasis.

Sekali pun kelahiran media baru dalam masa sepuluh tahun terakhir ini seperti memecah monopoli pemberitaan dan penyiaran, tetapi ia tidak mencetuskan semangat reformasi dan transformasi terbuka terhadap dunia media.

Kebebasan itu tidak laku kalau ia tidak dikehendaki oleh rakyat. Tiada kerajaan di dunia memberi kebebasan jika ia tidak dikehendaki oleh rakyat. England memberi kebebasan kerana rakyatnya menuntutnya hampir seribu tahun dulu. Jepun dan Amerika membenarkan kerana rakyatnya mahu. Tetapi adakah orang Melayu mahu? Selagi orang Melayu dibelenggu Umno, maka jangan fikir kebebasan itu berlaku.

Setiap kali suara kebebasan disuarakan, reaksi pemimpin Umno ialah mana ada kebebasan seratus peratus? Itulah reaksi Dr. Mahathir dan Muhyiddin atas suara Hata dan NUJ. Mereka mendakwa, mereka tidak menentang kebebasan. Tetapi apabila ada tetapi kepada kebebasan itu, maka ia tanda ketakutannya kepada kebebasan itu. Ia seperti hujah penjajah kepada tuntutan kemerdekaan. Kemerdekaan tidak bererti merdeka segala-galanya. Ia  adalah dalih menyangka rakyat bodoh sangat tentang kebebasan dan kemerdekaan.

Hata boleh memulakan kesedaran kepada rakyat menuntut kebebasan itu. Hata mesti faham tuntutan itu tidak diberi Umno kalau tidak dituntut rakyat. Umno tidak dapat halang kalau rakyat bangun menuntutnya.

Wartawan Islam mencontohi ketepatan rawi Abu Hurairah r.a. malaporkan semua hadis yang didengarnya dari Rasulullah SAW dan menjadikannya sebagai model pemberita yang tepat dan sahih. Wartawan juga mesti mencontohi Imam Bukhari dalam mengumpul hadis yang sahih. Setiap hadis yang dirawinya adalah sahih.

Beliaulah contoh wartawan investigatif yang ulong dan pertama di dunia pemberitaan. Beliau tidak mengambil mana-mana hadis yang ada keraguan