Rencana ini adalah tulisan Penolong Ketua Pengarang 1, Utusan Melayu, Datuk Zaini Hassan yang menggesa mengerakkan 1Melayu 1Bumi - persoalannya perlukah perkara ini dilancarkan - apa perlunya perkara ini kalau ia akan mencetuskan pergeseran kaum yang semakin teruk di Malaysia.
Utusan Malaysia lancarkan 1Melayu 1Bumi vs 1Malaysia vs 1Cina
ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pi lihan Raya Negeri Sarawak telah membuk tikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.Perkembangan politik muaasir (kontem porari), selepas era-Mahathirisme dan se masa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-ma na kaum di atas muka bumi Malaysia ini.Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.
Dalam ekonomi, mereka membantu an tara satu sama lain. Dari sekecil-kecil eko nomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain. Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh
memesongkan me reka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina.
Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia. Sekolah Cina terus dijadikan sebagai ca garan politik utama – yang tidak boleh di kompromi sama sekali.
Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Ma laysia ini. Mereka telah
menguasai sega la-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Hampir semua kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka.
Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk ‘‘Apa lagi orang Cina mahu?'' tahun lepas. Tulisan itu
dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari re publik itu menyokong penuh tulisan itu.
Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu “Undi untuk Ubah,” “Enough is Enough” (Cukuplah) dan “Selamatkan Ma laysia.”Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.
Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempu nyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu.
Politik digunakan sebaik-baik mungkin un tuk menyatupadukan kaum itu.Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP. DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah
menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang.
Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepe nuhnya untuk menyatukan kuasa mereka. Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cu kup bercelaru. Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah?
Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat ter desak sekarang, ialah
melancarkan gelom bang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi. Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain. Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan
dengan puluhan NGO-NGO Me layu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu
diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka da hagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin
ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal
ini.
Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik
totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.
Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sa rawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan
menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi memboleh kan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.
Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia di teruskan kerana ia adalah dasar jangka pan jang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melan carkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.Tidak salah bagi orang Melayu melan carkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu ber pecah kepada enam golongan.
Melayu UM NO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar.
Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Me layu akan gagal. Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Ma laysian mereka tidak berlaku, selagi itu me reka akan berusaha keras untuk menja yakannya.UMNO harus meniupkan gagasan 1Me layu, 1Bumi ini segera.
Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka. Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sa yangkan bangsa. Seorang sahabat umpa manya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan da tang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Ge rakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”
Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun se mula barisan dan gelombang
satukan orang Melayu. Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Ab dullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas se mangat assabiyah Melayu beliau itu. Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang
berlaku di negara ini sekarang.
Namun, penghargaan harus diberi ke pada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka de ngan begitu betul sekali.Saya angkat topi kepada kaum bumi putera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam
pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak su dah tentu akan jatuh ke tangan orang lain. Orang bumiputera Sarawak telah mem beri satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.
Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi ber pecah enam. Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebang saan bangsa
itu.
Melayu harus dan wajib disatukan kem bali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah.
Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!